Sunday 23 December 2018

Al-Imran Ayat 55

3.3.55 
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 55:
.

Ringkasan tafsir;

Allah telah berfirman, berkata kepada Isa, bahawa Allah menyelamatkan Isa (3.3.54) dari bincana kejahatan juga tuduhan keji mereka yang dilemparkan kepada Isa, dan selepas itu menjadikan pengikut nabi Isa (Hawariyin) yang membenarkan bahawa Isa itu sebenarnya hamba Allah dan menjadi pesuruh Allah, dan Allah memberi khabar gembira tentang seorang Rasul akan lahir selepas Isa dan namanya Ahmad (Nabi Muhammad s.a.w).

Akhirnya kamu semua akan kembali kepada Allah pada hari pembalasan, diberi hukuman yang setimpal  bagi menyelesaikan pertelingkahan pertikaian antara kamu dalam soal agama dengan orang-orang yang mengingkarinya.

.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3 
Terjemahan, 51~60,
[GS]  https://sites.google.com/site/jambuampang/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      



Al-Imran Ayat 54

3.3.54
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 54:
.
Ringkasan tafsir;

Kemudian Allah berfirman, dan menyatakan pula akan hal orang kufur dari golongan bani Israel yang merancang dalam satu pakatan untuk membunuh Nabi Isa;  Mereka yang membuat penipuan dengan merancang hendak membunuh Nabi Isa itu telah gagal sama sekali, bahkan mereka itu telah tertipu sebagai balasan dari Allah yang lebih mengetahui dan lebih berkesan tipuan Nya.


Alkisah, Nabi Isa diangkat kelangit oleh Malaikat Jibril melalui bumbung rumahnya. Bahawa dalam rancangan kaum kufur untuk membunuh Nabi dan telah mengepung menyerbu rumah Nabi untuk membunuhnya, dan dalam tempoh menunggu kepungan itu maka ketua kaum kufur itu (Yahuda) mengarahkan orangnya (Totiayanus) memasuki rumah tersebut untuk mencari dan membunuh Nabi, dan sudah sekian lama Totiayanus berada dalam rumah itu tidak muncul-muncul dan disangkanya Totiayonus berjaya membunuh Nabi, tapi malangnya apabila Totiayonus keluar dari rumah tersebut maka kaum yang kufur itu melihat Totiyonus itu seolah-olah seperti wajah Nabi Isa, lalu mereka tangkap dan membunuh salib Totiayonus itu hingga mati.

.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3  
Terjemahan,
51~60,
[GS]  https://sites.google.com/site/jambuampang/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     



.