Sunday, 23 December 2018

Al-Imran Ayat 54

3.3.54
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 54:
.
Ringkasan tafsir;

Kemudian Allah berfirman, dan menyatakan pula akan hal orang kufur dari golongan bani Israel yang merancang dalam satu pakatan untuk membunuh Nabi Isa;  Mereka yang membuat penipuan dengan merancang hendak membunuh Nabi Isa itu telah gagal sama sekali, bahkan mereka itu telah tertipu sebagai balasan dari Allah yang lebih mengetahui dan lebih berkesan tipuan Nya.


Alkisah, Nabi Isa diangkat kelangit oleh Malaikat Jibril melalui bumbung rumahnya. Bahawa dalam rancangan kaum kufur untuk membunuh Nabi dan telah mengepung menyerbu rumah Nabi untuk membunuhnya, dan dalam tempoh menunggu kepungan itu maka ketua kaum kufur itu (Yahuda) mengarahkan orangnya (Totiayanus) memasuki rumah tersebut untuk mencari dan membunuh Nabi, dan sudah sekian lama Totiayanus berada dalam rumah itu tidak muncul-muncul dan disangkanya Totiayonus berjaya membunuh Nabi, tapi malangnya apabila Totiayonus keluar dari rumah tersebut maka kaum yang kufur itu melihat Totiyonus itu seolah-olah seperti wajah Nabi Isa, lalu mereka tangkap dan membunuh salib Totiayonus itu hingga mati.

.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3  
Terjemahan,
51~60,
[GS]  https://sites.google.com/site/jambuampang/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     



.


No comments:

Post a Comment